Wednesday, February 25, 2009

Kursus Sijil Talaqqi Al-Quran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan



Pendahuluan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencadangkan penawaran kursus peringkat sijil dalam bidang Talaqqi al-Quran, di mana ia dilihat sebagai salah satu komponen yang sangat relevan kepada masyarakat dewasa ini dalam menyeimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi, khususnya kepada masyarakat setempat.

Sebagaimana maklum, al-Quran merupakan sumber utama dalam agama Islam, selain Sunnah Rasululullah S.A.W yang menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan kita seharian. Justeru, penawaran kursus ini adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat kita yang amat memerlukan bimbingan dan intensif daripada pakar-pakar dalam bidang tersebut.

Objektif Program

1. Merealisasikan hasrat USIM dalam memasyarakatkan universiti melalui program-program yang ditawarkan mengikut kepakaran yang ada.
2. Sebagai satu platform kepada masyarakat dalam mendalami ilmu berkaitan Talaqqi al-Quran daripada tenaga/pakar yang berkelayakan.
3. Membantu pihak kerajaan dalam melahirkan masyarakat celik al-Quran selaras dengan prinsip Islam Hadhari.

Subjek-Subjek yang ditawarkan:

1. Talaqqi al-Quran
2. Pengantar Ilmu Qiraat
3. Ilmu Tajwid
4. Pengantar cUlum al-Qur’an

Jangkamasa Program
12 minggu (kuliah akan dijalankan pada setiap hari Sabtu sahaja)

Jam Kredit Keseluruhan
4 jam x 12 minggu =48 jam

Golongan Sasaran
Sasaran penyertaan adalah kepada masyarakat setempat yang telah mempunyai asas dalam bacaan al-Quran.

Syarat Kelayakan Masuk

Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia.



#Kursus Sijil Bahasa Arab dan Komunikasi

Kursus ini direka untuk memperkenalkan bahasa Arab secara amnya kepada para pelajar serta memahami dan menguasai sistem makhraj dengan baik. Ia juga diharap dapat membantu pelajar dalam pendengaran dan pertuturan yang mudah.

Program ini akan ditawarkan dengan tiga tahap, untuk peringkat pertama penawaran adalah pada Tahap 1 sahaja. Seterusnya para peserta boleh mengikuti Tahap 2 dan Tahap 3 pada sesi pengajian akan datang di bawah UPSH USIM.

Jangkamasa Program
12 minggu (kuliah akan dijalankan pada setiap hari Sabtu sahaja)

Jam Kredit Keseluruhan
3 jam x 12 minggu = 36 jam

Golongan Sasaran
Penuntut lepasan SPM, Pegawai di Jabatan Kerajaan atau Swasta serta Orang awam yang berminat mempelajari Bahasa Arab

Syarat Kelayakan Masuk
Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi...

Lifelong Learning Unit
Centre for General Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai
Negeri Sembilan

Phone :
06-798 8690(SHARIFAH HANIZAH)
019-2813112 (MUSHADDAD)

Fax: 06-798 8238

Email: pej.ppu2@usim.edu.my / mushaddad@usim.edu.my

http://www.usim.edu.my

Peta ke USIM Nilai




View Larger Map

0 comments:

Related Posts with Thumbnails